Orang kata kalau perempuan menangis akan mudah dipujuk tapi kenapa aku nangis orang susah pujuk?
Orang kata kalau kita berubah, orang akan suka tapi kenapa aku berubah makin ramai yang jauhkan diri daripada aku?
Orang kata kalau kita sedih kita, mengadulah kepada orang yang kita sayang, nanti dia faham, tapi kenapa aku makin bersedih?
Kenapa bila aku minta dipujuk, aku masih ditinggalkan?
Kenapa bila aku menangis merayu perhatian, aku yang dimarah?
Kenapa bila aku memujuk, aku yang disakiti?
Sabar itu sakit tapi ganjarannya nikmat.
Penantian itu satu penyeksaan tapi pengakhiran itu satu kebahagiaan.
Tangisan bukan tanda kelemahan tapi membuktikan bahawa diri itu punyai hati.
Manusia tak lari daripada membuat kesilapan.
Tapi jangan diungkit kisah silam manusia lain sebagai cara untuk menutup salah sendiri.
Menerima dengan redha itu sesungguhnya lebih indah daripada menyimpan jadi dendam kesumat.
Tak salah mendengar nasihat daripada seorang pendosa kerana diri juga tidak lari daripada membuat dosa.
Mungkin di mata kasar dosa manusia lain tampak lebih besar daripada dosa sendiri tapi adakah di mata Tuhan takwa kita setinggi takwa manusia lain?
Usah dicari salah manusia lain andai diri juga penuh kelemahan.
Jika ditegur dek salah yang telah dibuat, terimalah dengan ikhlas.
Usah dicari salah manusia yang menegur demi menutup salah sendiri.
Mungkin ya, dia juga telah berbuat salah lebih besar namun, wajarkah perkara itu diungkit?
Semata mahu menutup salah sendiri?
Ingatlah, orang menegur kerana sayang.
Bukalah hati, terimalah nasihat dengan ikhlas.
Nescaya hati pasti tenang.
Tiada hubungan yang sentiasa tenang.
Bersyukurlah dengan dugaan kerana itu tanda perhubungan itu masih hidup.
Maafkan khilaf diri ini.
Diri ini juga pendosa besar.
Masih berusaha perbaiki kelemahan diri.
Assalamualaikum.