Tunggu dan pergi.

Tunggu,
Jangan pergi!
Awak dah janji.

Tunggu,
Kenapa awak pergi?
Awak kan dah janji?

Tunggu,
Ini pesanan terakhir,
Jangan pernah kembali,
Buang sahaja semua janji dahulu.

Pergi,
Saya tak perlukan awak lagi,
Jangan pernah menagih janji.

Pergi,
Awak bukan sesiapa bagi saya,
Janji dahulu cuma ungkapan palsu.

Pergi,
Saya mampu hidup tanpa awak,
Saya punya harga diri.
Tidak semurah janji awak.